Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengetahui.
Ampunkanlah dosa dosaku, ibu bapa ku, abang abang ku dan keluarga ku. Tambahkanlah keimananku dan ketaqwaanku. Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang benar.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang maha mengetahui. Lindungilah aku dari segala kejahatan dan kesiksaan, mahupun dalam diriku sendiri atau yang ada di sekelilingku. Jauhilah diriku dari keburukan dalam segi ahklak mahupun iman.
Ya Allah, tersirat di dalam hati ini untuk menemui kotamu yang suci, dan menunaikan haji dan umrah, dan mengekalkan rukun islam yang diberikan kepada umatmu. Sesungguhnya aku masih belum matang semasa aku jejaki tanah sucimu dua tahun yang lalu, dan aku terasa amat malu dan aku sedar akan kelemahanku. Aku bersyukur keatas kebaikkan yang telah kamu berikan.
Ya Allah, aku ingin mohon kepadamu untuk sentiasa memberikan kebaikan terhadap diriku dan keluargaku yang tersayang. Dengan kebaikan yang diberi, jauhkan kami dari perasaan riak dan sombong diri.
Ya Allah, teringin dalam diriku untuk mendapat teman seumur hidup. Engkau telah mencipta umatmu dengan cara berpasangan, dan aku mohon kepadamu teman yang secocok dengan diriku. Yang kekal imannya terhadapmu, yang boleh mendidik diriku, dan sentiasa mendekati dirinya denganmu, dan sentiasa menyayangi keluarganya. Ya Allah, berikanlah aku kesabaran terhadap perasaan yang aku alami dan jauhilah diriku dalam alam kesunyian.
Published with Blogger-droid v1.6.5